Country | |
Publisher | |
ISBN | 9789834604066 |
Format | PaperBack |
Language | Malay |
Year of Publication | 2010 |
Bib. Info | vi. 254p. ; 22cm. Mengandungi indeks |
Shipping Charges(USD) |
Penelitian terhadap kesusasteraan Melayu tradisional merupakan usaha yang sangat penting dan wajar dalam menggali serta mengkaji khazanah warisan budaya bangsa yang wujud dalam bentuk lisan dan tulisan sejak ratusan tahun yang lalu. Menerusi kajian lengkap yang dilakukan oleh pengkaji tempatan, dapatlah kita melakukan retrospeksi terhadap pandangan orientalis Barat yang sering bersikap prasangka dan kurang menghayati peradaban masyarakat peribumi, khususnya orang Melayu dalam melakukan kajian mereka. Buku ini merupakan esei-esei yang telah memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia dari tahun 1996 hingga tahun 2005. Esei-esei yang terkandung dalam buku ini mengutarakan kajian dan pandangan terbaharu sarjana tempatan terhadap kesusasteraan Melayu tradisional berdasarkan teks seperti Hikayat Seri Rama, Bustanus Salatin, Syair Siti Zubaidah, Syair Sultan Abu Bakar dan sebagainya.