Country | |
Publisher | |
ISBN | 9789830977713 |
Format | PaperBack |
Language | Malay |
Year of Publication | 2019 |
Bib. Info | 128p. |
Product Weight | 200 gms. |
Shipping Charges(USD) |
Sakuragi, seorang pelajar tahun akhir di Universiti Osaka, Jepun adalah seorang agnostik iaitu tidak punyai agama tetapi percaya kepada Tuhan. Pertemuannya denga Nuri Wardah yang merupakan sahabat Jawaher iaitu rakan sekuliahnya telah membuka episod baharu dalam kehidupannya. Setelah enam bulan tamat pengajian dari universiti di Malaysia, Nuri Wardah datang bercuti ke Jepun atas jemputan Jawaher sambil menunggu tawaran kerja. Percutian Nuri Wardah ke Jepun itu dalam masa yang sama adalah untuk membantu Jawaher yang membuka gerai jualan fesyen Muslimah yang terdiri daripada pakaian tradisi Melayu, Jepun dan gabungan kedua-duanya di tapak Festival Sakura Osaka. Dalam usaha untuk mengenali Nuri Wardah, Sakuragi cuba mengenali agama Islam yang dianuti oleh Nuri Wardah. Pencarian Sakuragi mengenai Islam adalah melalui Internet. Namun, apa yang ditemuinya berkaitan Islam membuatkan dia menjauhkan diri dari Nuri Wardah dan Jawaher. Keadaan ini membuatkan Sakuragi berada dalam dilema antara perasaannya terhadap Nuri Wardah dengan ajaran dan amalan dalam Islam itu sendiri. Sakuragi buntu hingga membuatkan dia hampir kehilangan Nuri Wardah.
1. Comic books, strips, etc. 2. Comic books and teenagers.