image description
# 743695
USD 44.00 (Book Not in Ready Stock, will take 45-60 days to source and dispatch)
- +

Karai Teman dan Senibina : Sebuah Autobiografi Kelana Anak Jati Karai

Author :  Ar. Hj. Mior Zawari Hj. Hassan (Ed) Nurul Fadila Awaludin

Product Details

Country
Malaysia
Publisher
Akitek Suria, Ampang, Selangor, Malaysia
Format HardBound
Language Malay
Year of Publication 2020
Bib. Info 329p. ; 21.8x21.8cm.
Product Weight 1360 gms.
Shipping Charges(USD)

Product Description

Buku ini ditulis bertujuan untuk mengumpul maklumat sejarah yang semakin hari semakin dilupakan oleh masyarakat masa kini. Perasaan bimbang memikirkan andai segala dimiliki ini lenyap jika tiada yang mengambil endah. Segalanya akan bersemadi dalam lipatan sejarah sebelum hilang ditelan zaman kerana tidak ramai yang sanggup mengadai masa untuk menulis. Tidak hanya itu, catatan sebegini dapat menghindari kita daripada terpedaya dengan cerita mitos atau andaian. Segalanya akan kekal sebagai khazanah negara yang dapat diturunkan kepada generasi berikutnya. Kemunculan teknologi baharu seperti penulisan blog, Facebook, dan lnstagram tidak dinafikan membantu dalam menyampaikan maklumat. Tetapi, segalanya cukup sekadar simpanan yang boleh diubah dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian. lni menyebabkan kelestarian bahan tersebut tidak kekal dan boleh hilang atau dimanipulasi oleh sesetengah pihak. Terdapat juga bahan sejarah yang telah musnah disebabkan kurangnya apresiasi terhadap nilai peninggalan bahan sejarah dalam kalangan masyarakat. Kemusnahan juga boleh berlaku disebabkan kos untuk memeliharanya terlalu mahal atau dimusnahkan atas faktor keselamatan. Apa jua alasan yang diberikan, jika masyarakat mempunyai apresiasi terhadap peninggalan sejarah ia pastinya boleh diatasi dengan menjadikan bahan sejarah itu sebagai produk pelancongan. Dengan itu, yuran boleh dikenakan bagi menampung kos penyelenggaraan sekali gus dapat dipelihara untuk rujukan generasi akan datang.

Product added to Cart
Copied