image description
# 743704
USD 12.50 (Book Not in Ready Stock, will take 45-60 days to source and dispatch)
- +

Sejarah Bani Israel : Sebuah Kajian Perbandingan Menurut Perjanjian Lama & Al-Quran

Author :  Ghazali Basri

Product Details

Country
Malaysia
Publisher
Akademi Kajian Ketamadunan
ISBN 9789671465264
Format PaperBack
Language Malay
Year of Publication 2020
Bib. Info 166 p
Shipping Charges(USD)

Product Description

Al-Quran diturunkan untuk mencabar naratif dalam Kitab Perjanjian Lama yang memperlihatkan keunggulan Nabi Ishaq dan anaknya Nabi Ya'qub sedang kedudukan Nabi Ismail, Nabi Ibrahim dan Hajar diperkecilkan. Buku ini membuat perbandingan ke atas kedua-duanya. Sejarah Bani Israel ialah sejarah keluarga Nabi Ya'qub dengan 12 orang anak lelaki dan mereka melahirkan zuriat 12 puak bani Israel. Siapakah mereka? Adakah Kitab Perjanjian Lama memberi fakta tepat tentang sejarah mereka? Kehadiran Sejarah Bani Israel (Sebuah Kajian Perbandingan Menurut Perjanjian Lama dan al-Qur’an) dijangka dapat menarik minat pengkaji dan khalayak yang meminati disiplin ilmu perbandingan agama. Perjanjian Lama (Old Testament) adalah sebahagian daripada Bible yang bermaksud dua kitab digabung: Perjanjian Lama dengan Perjanjian Baru (New Testament). Tajuk buku ini boleh juga disebut: Sejarah Bani Israel menurut Bible dan al-Qur’an. Naratif Perjanjian Lama mengenai Bani Israel khususnya dalam “Kejadian” (book of Genesis) dan “Keluaran” (book of Exodus) didapati bukan sahaja lengkap (exhaustive) bahkan memperlihatkan keunggulan Nabi Ishaq dan anaknya Nabi Yaqub sebagai pewaris sah Nabi Ibrahim, sedangkan kedudukan Nabi Ismail, juga anak Nabi Ibrahim melalui Hajar diperkecilkan. Namun, al-Qur’an diturunkan mencabar naratif tersebut menerusi kerasulan Nabi Muhammad s.‘a.w sebagai nabi terakhir dan penamat. Sejarah bani Israel sebenarnya ialah sejarah keluarga Nabi Yaqub dengan dua belas orang anak laki-laki dan mereka melahirkan zuriat dua belas puak bani Israel. Al-Qur’an menyebutnya sebagai al-asbat (QS al-Baqarah [2]: 136, 140). Sebutan bani Israel dalam al-Qur’an adalah sebanyak 43 kali, hal sedemikian memperlihatkan beberapa keistimewaan. Paling utama ialah fungsi al-Qur’an memperbetul fakta, memperjelas naratif peristiwa di samping memperlihatkan keserasian apa yang terdapat dalam Perjanjian Lama. Menyedari bahawa Perjanjian Lama pada asalnya bersumberkan Taurat Nabi Musa, justeru pada satu sisi daripadanya, didapati beberapa maklumat berfaedah, antara lain maklumat mengenai: nama anak-anak dan nama isteri para nabi, tentang usia mereka yang al-Qur’an tidak menyebutkannya. Namun, seperti yang diketahui umum, apapun penyimpangan yang terdapat dalam Perjanjian Lama, Islam tidaklah pula menghalang sesiapa jua untuk melakukan kajian banding seperti yang diusahakan oleh penulis buku ini.

Content Details

1. Jews ? History. 2. Judaism ? Relations ? Islam. 3. Islam ? Relations ? Judaism. 4. Judaism ? Sacred books.

Product added to Cart
Copied