Country | |
Publisher | |
ISBN | 9789834187255 |
Format | PaperBack |
Language | Malay |
Year of Publication | 2020 |
Bib. Info | 252 p |
Shipping Charges(USD) |
Di kalangan para pengamat dan penganalisis perkembangan dunia, terdapat golongan yang mempromosikan tafsiran bahawa pada abad ini ekonomi adalah segala-galanya, sehingga dunia pun akan kalut dalam persaingan antara negara untuk menjadi kuasa ekonomi. Sementara itu ada pula golongan yang mengusung idea bahawa tamadun adalah segala-gala, sehingga dunia pun akan gawat dengan perbenturan antara tamadun atau clash of civilisations. Terlepas daripada kebisingan polemik tersebut, bagi kita tamadun bukan isu musim-musiman. Pentingnya tamadun tidak hanya pada abad ini. Tamadun adalah misi keinsanan sepanjang zaman. Justeru, manusia sebagai khalifah Allah di bumi dalah pengemban amanah ketamadunan yang meliputi dua fungsi utama: imarat al-ard (membangun, mengolah, mengurus dan memakmurkan bumi dengan menggunakan ilmu dan teknologi), dan islah al-ard (mengislah, membudaya dan menertibkan kehidupan warga bumi dengan melaksanakan nilai-nilai unggul kebenaran, keadilan, kasih-sayang, kedamaian, kebahagiaan dan lain-lainnya).
1. Civilization Islamic. 2. Islam Education.