Country | |
Publisher | |
ISBN | 9789782166559 |
Format | PaperBack |
Language | Malay |
Year of Publication | 2019 |
Bib. Info | x, 94p. Includes Index |
Product Weight | 170 gms. |
Shipping Charges(USD) |
Buku ini memperincikan signifikasi simbol, iaitu makna dan fungsi simbol-simbol yang terdapat dalam adat kematian masyarakat Bajau dari perspektif semiotik dan komunikasi khususnya komunikasi tanpa lisan. Oleh hal yang demikian, buku ini bersifat agak ilmiah dengan perincian epistemologi ilmu yang berkaitan. Keberadaan simbol-simbol budaya yang wujud di persekitaran landskap kehidupan dapat memberikan ruang untuk memahami nilai-nilai dukungan sesebuah masyarakat kerana kewujudan produk atau simbol budaya dalam kehidupan masyarakat bukanlah suatu kebetulan ataupun wujud dalam vakum, tetapi terhasil daripada janaan minda berdasarkan pengalaman budaya yang berevolusi sifatnya. Justeru, menjadi kepentingan bagi masyarakat untuk mengetahui dan seterusnya mendalami fungsi dan makna yang tersirat di sebalik manifestasi sesuatu simbol agar dapat memahami sesebuah masyarakat. Seperkara lagi, pemahaman terhadap nilai-nilai tersebut tidak boleh dilandaskan berdasarkan satu ruang lingkup sahaja seperti dari perspektif agama tetapi perlu melihat sisi lain yang berkaitan seperti aspek historiografi dan ketamadunan masyarakat bagi meluaskan lagi horizon pengetahuan dan kefahaman kita terhadap masyarakat terbabit.
1. Bajau (Southeast Asian People). 2. Bajau (Southeast Asian People) - Funeral customs and rites. 3. Bajau (Southeast Asian People) - Death. 4. Semiotics. 5. Signs and symbols. 6. Governemnt publications - Malaysia.