focus in
# 848002
USD 15.00 (Book in Stock, will be dispatched ASAP)
- +

Isteri Praktikal Tengku Qaiser

Author :  Danisyarahmat

Product Details

Country
Malaysia
Publisher
ILHAM Santai Enterprise, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
ISBN 9789672809159
Format PaperBack
Language Malay
Year of Publication 2022
Bib. Info 1v.
Categories Literature
Shipping Charges(USD)

Product Description

Benarlah cinta sesama manusia itu tidak akan kekal. Terlalu cintakan Amanda membuatkan Qaiser buta dalam menilai sebuah kesetiaan. Amanda tidak mahu melahirkan zuriat keturunan untuk Qaiser menyebabkan lelaki itu tersepit antara kemahuan Amanda dan juga keinginan bondanya. Lampu hijau diberikan Amanda untuk Qaiser menikah lain selama dia berada di Itali. Peluang seumpama bulan jatuh ke riba itu tidak disia-siakan Qaiser. Siapa pilihan calon isteri barunya? Azra, studen praktikal di Rajawali Sdn. Bhd itu dipilih sebagai calon isteri Qaiser. Sebabnya Azra menjadi pilihan Engku Naemah bonda Qaiser. Wanita itu terpikat dengan adab dan tingkah laku Azra yang sopan itu. Dalam hidup Azra, tak ada maknanya menjadi perampas kebahagiaan rumah tangga orang lain walau lelaki itu jutawan sekalipun. Tetapi apakan daya, kerana terlalu sayangkan abang kandung nan seorang iaitu Mikael, Azra terpaksa ikutkan. Bagi Mikael, ada dendam yang tersimpan buat Amanda. Azra dijadikan buah catur untuk menghancurkan rumah tangga Amanda. Tercapaikah hasrat Mikael itu dan adakah Azra akan peroleh bahagia seandainya dia hanya isteri pengganti buat Tengku Qaiser?

Product added to Cart
Copied