image description
# 849337
USD 17.50 (Book Not in Ready Stock, will take 45-60 days to source and dispatch)
- +

Konsep dan Pelaksanaan Jihad bagi Wanita dari Perspektif Sarjana Islam dan Barat

Author :  Shahidatul Ashikin Shahran, Najah Nadiah Amran & Latifah Abdul Majid

Product Details

Country
Malaysia
Publisher
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKMPress), Malaysia
ISBN 9786297547114
Format PaperBack
Language Malay
Year of Publication 2023
Bib. Info 230p. Include Index.
Product Weight 350 gms.
Shipping Charges(USD)

Product Description

Sebahagian sarjana Barat memandang bahawa jihad sebagai aktiviti yang berbentuk kekejaman, kekerasan, dan keganasan. Sedangkan konsep jihad di dalam Islam adalah luas dan ruang lingkupnya tidak hanya tertumpu kepada jihad perang menggunakan kekuatan senjata semata- mata. Kajian-kajian lepas oleh sarjana Barat menonjolkan bahawa kaum wanita turut terlibat dalam aktiviti jihad di medan peperangan. Penglibatan tersebut didakwa sebagai aktiviti keganasan dan ada segelintir wanita dipergunakan bagi tujuan tersebut. Tiga karya dianalisis untuk meneroka pendekatan-pendekatan yang digunakan oleh sarjana Barat dalam memperihalkan tentang (a) konsep jihad, (b) bentuk dan (c) bidang-bidang jihad yang disertai oleh wanita Islam. Kepelbagaian pendekatan yang digunakan oleh sarjana barat dalam memahami teks dan kes-kes berkaitan jihad menatijahkan keunikan dan kepelbagaian pandangan mereka dalam perkara tersebut. Buku ini adalah hasil adaptasi tesis Sarjana Pengajian Islam yang bertajuk Konsep dan Pelaksanaan Jihad bagi Wanita dalam Karya Sarjana Barat Bagi memahami konsep jihad yang dibincangkan oleh sarjana Barat khususnya berkaitan dengan jihad wanita, buku ini menampilkan kupasan berkaitan kategori dan bentuk-bentuk bidang jihad yang dilaksanakan oleh kaum wanita berdasarkan perbincangan sarjana Islam dan secara khususnya meneroka tiga karya sarjana Barat bertajuk Jihad beyond Islam, Understanding Jihad dan Inside The Gender Jihad Women's Reform in Islam. Kajian terhadap karya-karya tersebut dilaksanakan supaya salah faham mengenai jihad dapat diperbetulkan mengikut acuan al-Quran dan al-Sunnah, serta menolak segala pandangan yang diutarakan oleh Barat dalam mengekploitasikan dunia untuk mengikut acuan mereka. Buku ini terbahagi kepada lima bab. Bab pertama membicarakan tentang isu dan kontroversi mengenai jihad. Manakala bab kedua meneroka konsep jihad secara komprehensif berdasarkan perspektif sumber Islam dan sarjana Muslim dan barat. Bab ketiga pula fokus kepada perbincangan berkaitan karya-karya barat dan pendekatan mereka dalam memahami konsep jihad. Bab keempat menjelaskan pandangan sarjana barat berkaitan bentuk-bentuk perlaksanaan jihad yang dilakukan oleh golongan wanita dan bab kelima merumus dan menyimpulkan keseluruhan perbincangan dengan memberikan perhatian terhadap implikasi terhadap pemahaman konsep jihad berdasarkan kepelbagaian pendekatan yang digunakan oleh sarjana-sarjana barat dalam memahami dan menjelaskan makna dan bidang jihad.

Product added to Cart
Copied