focus in
# 850236
USD 30.38 (Book Not in Ready Stock, will take 45-60 days to source and dispatch)
- +

Kitab Pusaka Hang Tuah 1957: Rujukan Kajian Bahasa, Budaya dan Ketabiban Alam Melayu

Author :  A. Muhammad Hassan Riau (Transliteration) Mohd Hariz Bin Anwar

Product Details

Country
Malaysia
Publisher
Pustaka Buku Warisan, Malaysia
ISBN 9789672571926
Format PaperBack
Language Malay
Year of Publication 2023
Bib. Info 262p.
Categories History
Product Weight 350 gms.
Shipping Charges(USD)

Product Description

Kitab Pusaka Hang Tuah 1957: Rujukan Kajian Bahasa, Budaya dan Ketabiban Alam Melayu merupakan sebuah karya alih-aksara, kepada sebuah manuskrip kitab Tib Melayu yang mempunyai jejak koleksi pengetahuannya sehingga abad ke-16. Barangkali jauh lebih awal, seiring dengan perjalanan perubahan dan perkembangan ilmu pengetahuan setelah kedatangan Islam ke Nusantara. Pengetahuan penggunaan herba di Nusantara dikatakan berusia lebih seribu tahun (Medang Mataram, abad ke 8 hingga ke 10). Menurut seorang pengarang dari Eropah pula, ia berusia lebih 2000 tahun. Secara umum, pengetahuan tib Melayu dalam Pusaka Hang Tuah boleh dikategorikan kepada 5 jenis; ayat-ayat suci (doa, teknik dan medium dari Al Quran, hadis dan riwayat, falsafah keagamaan), teknik perubatan (perubatan Melayu tradisional, anatomi elemental, teknik dan kriteria diagnosis, prognosis), jampi dan mantera, ubatan (herba dan ramuan tradisi dalam perubatan, dosej), dan astrologi. Kesemuanya ini disusun dalam bentuk dan lenggok bahasa dari pantai timur, Terengganu, seabad ke belakang. Namun, linguistik yang menjadi asas kepada buku Pusaka Hang Tuah ini tidak banyak berubah sejak abad ke 16. Malah kami dapati ada persamaan dengan kitab Tib Melayu yang dikarang dan disusun pada abad ke 18 (kompilasi transliterasi Serat Centhini, Buku Jampi dan Kitab Tibb, POM Indonesia 2016,); juga persamaan dalam Kitab Tib – Ilmu Perubatan Melayu oleh Dr Harun Mat Piah yang merupakan kajian dan suntingan daripada 10 naskhah manuskrip Melayu yang. terdapat di Pusat Manuskrip Melayu Perpustakaan Negara Malaysia. Pusaka Hang Tuah memperlihatkan saduran istilah dan perkataan pinjaman dari bahasa Arab apabila muncul teks dan perkataan dari riwayat hadis dan falsafah keagamaan digunakan sebagai sandaran mahupun sekadar ucapan selingan dan respon. Sangat mengujakan apabila melihat adunan sinteks yang terdiri dari pelbagai bahasa, menjangkaui seputar Alam Melayu, namun serasi.

Content Details

1. Healing ? Religious aspects ? Islam. 2. Medicine in the Qur?an. 3. Spiritual healing ? Islam. 4. Alternative medicines.

Product added to Cart
Copied