Country | |
Publisher | |
ISBN | 9789672456537 |
Format | PaperBack |
Language | Malay |
Year of Publication | 2023 |
Bib. Info | 232p. |
Categories | History |
Product Weight | 400 gms. |
Shipping Charges(USD) |
ISLAM DI CHINA: Catatan Kembara menelusuri perkembangan dan kedudukan masyarakat Islam di sebuah negara dengan penduduk paling besar jumlahnya di dunia. Populasi China ialah 1.4 billion (2021) dan penduduk beragama Islamnya lalah sekitar 26 juta (2022). Buku ini ialah hasil tinjauan penulis ketika ditugaskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia sebagai Penyandang Pertama Kursi Pengajian Melayu Kerajaan Malaysia di Universiti Pengajian Asing Beijing (BFSU) pada awal tahun 2008 hingga hujung Julai 2011. Seperti merestui usaha penulis mendokumentasikan perihal masyarakat Islam di China, beliau sekali lagi dilantik oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dalam kapasiti yang sama di BFSU dari Julai 2016 hingga Mac 2018. Dalam tempoh kedua-dua penggal itu beliau melakukan tinjauan di lapangan tentang masyarakat Islam di China. Islam di China: Catatan Kembara dihasilkan untuk memberikan pencerahan tentang masyarakat Islam di China. "Dengan anggapan bahawa negara yang diperintah berdasarkan ideologi komunisme tidak mungkin membenarkan rakyat yang beragama Islam (dan agama lain juga) mengamalkan kehidupan berdasarkan syariat, tidak ada apa-apa yang menarik perhatian saya untuk mengetahui perihal islam di negara itu. Namun apabila saya ditugaskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia sebagai Penyandang Pertama Kursi Pengajian Melayu Kerajaan Malaysia di Universiti Pengajian Asing Beijing (BFSU) pada awal tahun 2008, anggapan saya berubah 360 darjah. Semoga penerbitan buku ini mampu memberikan pencerahan bagaiman Islam masih subur di sebuah negara besar dan berideologi komunisme seperti di China.
1. Islam and religions originating in it. 2. General history of Asia China.