focus in
# 850961
USD 29.00 (Book Not in Ready Stock, will take 45-60 days to source and dispatch)
- +

Cerita Rakyat Kelantan: Himpunan Seluruh Jajahan

Author :  Nasirin Abdillah, Mohd Firdaus Che Yaacob & Abdul Latif Abu Bakar

Product Details

Country
Malaysia
Publisher
Penerbit UMK, Malaysia
ISBN 9789670021591
Format PaperBack
Language Malay
Year of Publication 2023
Bib. Info 368p Includes Index
Categories Literature
Product Weight 600 gms.
Shipping Charges(USD)

Product Description

Cerita rakyat adalah sebahagian daripada kesusasteraan dan khazanah berharga sesebuah nusa, sekali gus berfungsi sebagai “perekod” kepada peradaban bangsa. Cerita rakyat berkembang dalam kalangan masyarakat yang memilikinya secara kolektif (bersama-sama) atau bersifat “sepunya”. Ini berbeza dengan kesusasteraan moden yang lebih bersifat “individualistik”. Maka, cerita rakyat seharusnya ditekuni dengan teliti agar pengetahuan kita tentang masyarakat silam dapat diteladani dan dihargai oleh masyarakat semasa dan akan datang. Pengumpulan cerita rakyat di Malaysia, terutamanya cerita rakyat Melayu Kelantan masih lagi diperlukan di tengah-tengah ledakan revolusi industri 4.0 sekarang agar kita dapat menyelami dan seterusnya menghargai “jati diri” bangsa melalui cerita-cerita yang menonjolkan watak-watak tempatan, sekali gus merungkai “weltanschauung” masyarakat, khususnya orang-orang Melayu Kelantan. Pengumpulan cerita-cerita rakyat ini dalam Cerita Rakyat Kelantan-Himpunan Seluruh Jajahan ini, diharapkan menjadi satu koleksi yang berfungsi sebagai sebuah “repositori” untuk penghayatan, penghargaan dan penyelidikan akan datang, terutamanya dalam kajian cerita rakyat masyarakat Melayu di Kelantan.

Product added to Cart
Copied