Country | |
Publisher | |
ISBN | 9789672519393 |
Format | PaperBack |
Language | Malay |
Year of Publication | 2022 |
Bib. Info | 262p. Includes Index |
Categories | Politics/Current Affairs |
Product Weight | 450 gms. |
Shipping Charges(USD) |
Buku Hubungan Myanmar-Amerika Syarikat & China menganalisa pilihan strategi Myanmar sama ada berbentuk mengimbangi, perlindungan nilai atau pakatan, terhadap Amerika Syarikat dan China dari perspektif Realisme Neoklasik. Hubungan Myanmar dengan Amerika Syarikat dan China pada awal kemerdekaan hingga 1988 adalah bersifat perlindungan nilai dengan tidak memihak antara keduanya. Selepas dikenakan sekatan ekonomi oleh Amerika Syarikat pada tahun 1988, Myanmar beralih kepada strategi pakatan penuh dengan China, bagi mengimbangi kuasa Amerika Syarikat. Namun, selepas peristiwa Kebangkitan 8888 hingga 2007, ia mengamalkan strategi pakatan terhad pula terhadap China. Hubungan Myanmar-Amerika Syarikat menjadi bertambah baik melalui dialog, yang mengarah 'pembukaan' pada tahun 2010. Proses pendemokrasian, walaupun 'terbatas', makin merapatkan hubungan Myanmar-Amerika Syarikat, sementara hubungan diplomatik dengan China terus berkembang. Faktor sistemik seperti dasar 'Pivot to Asia’, 'Make China Great Again' serta faktor domestik, misalnya faktor pendemokrasian dan faktor perubahan kepimpinan elit, mempengaruhi pembentukan dasar luar Myanmar terhadap Amerika Syarikat dan China. Elemen sejarah, tekanan antarabangsa, desakan badan-badan berkepentingan, institusi antarabangsa termasuk ASEAN, isu hak asasi manusia dan kepimpinan Aung San Suu Kyi, turut mempengaruhi tingkah laku Myanmar dalam hubungan antarabangsa. Buku ini sesuai dijadikan rujukan untuk sarjana, pembuat dasar, pelajar pascasiswazah dan penyelidik berkaitan bidang Hubungan Antarabangsa dan Strategi.