focus in
# 854562
USD 17.50 (Book Not in Ready Stock, will take 45-60 days to source and dispatch)
- +

Wajah Malaysia dalam Gurindam Lagu-Lagu

Author :  Shazlin Amir Hamzah

Product Details

Country
Malaysia
Publisher
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
ISBN 9789672518518
Format PaperBack
Language Malay
Year of Publication 2022
Bib. Info 248p. Include Index.
Categories Literature
Product Weight 400 gms.
Shipping Charges(USD)

Product Description

Buku ini membincangkan konsep 'penjenamaan bangsa' melalui lagu-lagu patriotik popular Malaysia antara tahun 1956 hingga 1969. la dipersembahkan dalam dua bahagian. Pertama, penjelasan berkenaan landasan pemahaman perubahan metamorfosis kerajaan Melayu lama sehingga moden yang menjadi asas kepada pembinaan konstruk jenama bangsa'. Bahagian kedua membincangkan penelitian gurindam dan senikata beberapa lagu patriotik popular penting dari 1956-1969. Bahagian ini memperincikan di atas sebuah susur masa bagaimana simbol-simbol sejarah kolektif dijadikan alat untuk penyebaran jenama bangsa-idaman negara yang bersifat 'takrifan autoriti' selama dua dekad selepas kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957. Secara ringkasnya apa yang Malaysia ada pada waktu kemerdekaannya ialah implementasi salah satu daripada bangsa idaman ini yang pada dasarnya ditetapkan oleh pihak kerajaan. Buku ini memperjelaskan idea ini dengan melihat bagaimana lagu-lagu patriotik popular menjadi sebahagian daripada alat yang digunakan dalam proses penjenamaan bagi memelihara identiti nasional yang dikonstruksi ini sehingga kini meskipun wujud beberapa bantahan dari masa ke semasa. Buku ini turut membincangkan kesedaran ramai sarjana berkenaan kepentingan bidang penjenamaan bangsa. Walau bagaimanapun, sebahagian besar daripadanya masih dibuat melalui perspektif pemasaran dan perhubungan awam. Di samping itu, karya yang berasaskan perspektif sosiologi dan sejarah pula sering diolah dari kaca mata sarjana Barat. Ini bermakna setiap karya memandang negara itu sebagai sebuah negara-bangsa dan bukan negara-tanpa-bangsa yang masih berusaha membina bangsa-idamannya hasil dari sejarah penjajahan yang sama sekali tidak dilalui oleh negara-negara Barat. Buku ini diharap dapat menyumbang kepada lompang dalam pemahaman ini agar dapat dibuat sebagai rujukan bagi bukan sahaja Malaysia, malah negara-negara pasca-kolonial yang lain.

Content Details

1. Lyric poetry. 2. Patriotic music?Malaysia. 3. Songs?Malaysia. 4. Gurindam. 5. Government publications?Malaysia.

Product added to Cart
Copied