focus in
# 854884
USD 32.50 (Book in Stock, will be dispatched ASAP)
- +

Dialek Melayu Hulu Pantai Timur Semenanjung Malaysia

Author :  Mohd Tarmizi Hasrah

Product Details

Country
Malaysia
Publisher
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Malaysia
ISBN 9789834937294
Format PaperBack
Language Malay
Year of Publication 2022
Bib. Info xxxviii, 378p. Include Bibliography & Index
Categories Linguistics
Product Weight 100 gms.
Shipping Charges(USD)

Product Description

Dialek Melayu Hulu Pantai Timur Semenanjung Malaysia membahaskan dua isu utama, iaitu perbezaan ciri linguistik dialek-dialek Melayu di kawasan hulu dan di kawasan hilir; dan hubungan antara dialek-dialek Melayu hulu di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Berasakan kerangka dialektologi diakronik dan linguistik sejarawi, dua isu yang dibahaskan ini merumuskan bahawa walaupun dialek-dialek hulu yang dikaji memiliki ciri khusus masing-masing yang membolehkannya membentuk cabang tersendiri dalam model rajah pohon, namun kewujudan ciri khusus tersebut berkembang daripada dialek (yang diistilahkan sebagai pradialek) yang mengekalkan beberapa ciri bahasa dan dialek purba. Maksudnya, inovasi fonologi dialek-dialek Melayu hulu di pantai timur Semenanjung Malaysia berkembang daripada sistem fonologi pradialek yang dinyatakan. Kesimpulan seperti ini sangat memberikan ruang pada lagu sejarawi yang menegaskan bahawa pada suatu ketika dahulu orang yang kini bertutur dalam dialek Melayu hulu Pahang, dialek Melayu hulu Kelantan, dialek Melayu hulu Terengganu dan dialek Melayu hulu Tembeling pernah bertutur dalam dialek yang serupa. Mungkin pradialek ini boleh sahaja digelar secara tentatif sebagai dialek Melayu hulu pantai timur Semenanjung purba. Keserupaan menuturkan pradialek ini mungkin terjadi setelah penutur bahasa Melayu purba yang sampai di Semenanjung Malaysia dari Sumatera (dari Borneo sebelumnya) sebahagiannya tersebar ke kawasan hulu pantai timur Semenanjung Malaysia, Akibat perkembangan masa dan sekatan geografi, maka penutur dialek tersebut menyerlahkan ciri khusus dialek masing-masing. Analisis dan kesimpulan buku ini membuka ruang perbincangan baharu tentang gejala penyebaran dialek-dialek Melayu dan pembongkaran aspek sejarawinya.

Content Details

1. Malay language?Dialects?Malaysia?Kelantan. 2. Malay language?Dialects?Malaysia?Terengganu. 3. Malay language?Dialects?Malaysia?Pahang.

Product added to Cart
Copied