Country | |
Publisher | |
ISBN | 9789834922665 |
Format | PaperBack |
Language | Malay |
Year of Publication | 2020 |
Bib. Info | xxxvii, 374p. |
Categories | Literature |
Product Weight | 400 gms. |
Shipping Charges(USD) |
Buku ini mempersembahkan susunan adat istiadat yang diamalkan dalam Kesultanan Melayu Kelantan yang menjadi ating warisan kesultanan Melayu di negeri Kelantan dan inti patinya berasaskan buku Halaman Adat Istiadat Raja D’Raja Kelantan. Mengandungi 16 bahagian, buku ini merangkumkan keseluruhan adat istiadat penting warisan raja-raja Melayu di negeri Kelantan. Istimewanya buku yang mengandungi sejumlah 2069 rangkap ini diolah kritis oleh 23 orang penulis Kelantan yang berpadu pemikiran menggarap persembahan dalam bentuk pemikiran kreatif yang berseni, iaitu dalam bentuk syair. Persembahan dalam bentuk syair ini melambangkan ketinggian akal budi dan penciptaan tinggi yang berseni lagi indah, dan sekaligus memaparkan keunikan dan keistimewaan Kelantan sebagai salah sebuah dan kaya dengan seni budaya dan warisan di Malaysia. Dilengkapkan juga dengan anotasi yang menerangkan maksud sesuatu perkataan atau istilah sama ada merujuk kepada kata nama, benda atau dialek Kelantan. Selain itu, disertakan juga petikan-petikan penuh seperti titah ucapan, doa, bacaan mantera dan surat-surat bagi melengkapkan maklumat buku ini. Naskhah ini sesuai dibaca, dikaji dan dihayati oleh generasi hari ini dan akan ating bagi menelaah dan mengetahui secara lebih mendalam mengenai adat istiadat yang diamalkan oleh Kesultanan Melayu Kelantan sejak zaman-berzaman. Negeri yang berdaulat.
1. Malay poetry. 2. Syair.