Country | |
Publisher | |
ISBN | 9789672970095 |
Format | HardBound |
Language | English |
Year of Publication | 2023 |
Bib. Info | 617p. |
Categories | Literature |
Product Weight | 800 gms. |
Shipping Charges(USD) |
Tahkta Indrakayangan di bawah penguasaan Raka Segara, goyah diperdebatkan lantaran Raka berdarah campuran. Belum pernah ada dalam sejarah pemerintah Indrakayangan berdarah campur. Latar belakang ibu Raka dipersoalkan. Projek Tanah Hijau dibangunkan untuk memulihkan dan mencetus perkembangan ekonomi Maya Sakta yang runtuh akibat perang. Berbekalkan teknologi pertanian Indrakayangan, disokong oleh tenaga kerja dari Indrasakti dan modal tanah dari Indrabumi, menyatukan Puteri Ayu dan Raka sekali lagi di bawah seliaan Raja Wirabandra Widipa. Namun, perhatian Puteri Ayu terpesong akibat keliru dengan kehilangan Arjuna dan kemunculan Raka. Gerbang Bintang cuba dibangunkan bersama Jafrit Samdol untuk membawa Arjuna pulang. Di tengah-tengah kemelut perasaan, politik Maya Sakta bergolak lagi. Kuasa Raka dikhuatiri berat sebelah, dan dia dikhianati ayahnya sendiri. Bimasena, si kembar Raja Bimadewa yang tamakkan kuasa, menganjurkan rapat umum yang dihadiri oleh kebanyakan bangsawan Maya Sakta untuk mendesak Raka agar turun takhta. Sementara di Indrabumi, sesetengah golongan bangsawan mempersoalkan isu tanah dan kuasa diraja Indrabumi yang nampak seakan-akan dimanipulasi oleh kerajaan Indrakayangan dan Indrasakti. Demi meredakan ketegangan politik dan kemelut monopoli ekonomi hasil Tanah Hijau, Raka dan Puteri Ayu mengumumkan berita pernikahan mereka. “Kalaulah dia hidup, antara dia dan aku, siapa yang kau pilih untuk kekal di takhta?”- Raka Segara. “Betapa besar sekalipun kuasa yang kita ada, atau betapa hebatnya teknologi yang kita punya, kita cuma makhluk. Dan sebagai makhluk, kita ada tarikh luput.” - Raja Wirabandra Widipa. “Bukan jalan seperti ini yang ayahanda mahu lihat dalam hidupmu anakandaku...” - Raja Mahsabumi. “Kita sudah membuat pakatan! Kau jadi raja Indrasakti! Aku yang patut duduk di singgahsana ini! Kau tak patut gelar diri kau sebagai raja Indrakayangan yang baru! Kau pun tahu, rakyat Indrakayangan takkan terima orang asing sebagai raja mereka!” - Kratos. “Aku jadi makin keliru. Bagaimana cinta boleh mengubah hati. Makin aku renung, makin aku fahami satu perkara. Cinta bukan bermaksud dengan siapa kau suka pada bila-bila masa. Tapi dengan siapa yang akan bertahan memegang perasaan itu denganmu sehingga ke akhirnya...." - Puteri Ayu Wijayamala.
1. Malay Fiction. 2. Malaysian Fiction (Malay).