Country | |
Publisher | |
ISBN | 9786297547374 |
Format | PaperBack |
Language | Malay |
Year of Publication | 2023 |
Bib. Info | 209p. Include Index. |
Categories | Religion - Islam |
Product Weight | 350 gms. |
Shipping Charges(USD) |
Segala puji kepada Allah SWT yang telah memberi hidayah kepada kita. Tiadalah kita memperoleh hidayah tanpa petunjuk daripada-Nya Selawat dan salam kepada Penutup para Nabi dan Penghulu para mujtahid Saiyyiduna Muhammad Sallallah 'Alaih wa Sallam serta keluarga Baginda dan para Sahabat Radiallah Anhum. Al-Imam Jamal al-Din Abd al-Rahim al-Asnawi rahimahullah menyatakan bahawa ilmu usul fiqh mempunyai kedudukan yang tinggi berbanding dengan ilmu yang lain. Faedah mempelajarinya juga banyak. Ini kerana usul figh berfungsi sebagai satu-satunya medium untuk mengistinbat hukum syarak daripada al-Quran dan al-Sunnah. Dengan kata lain, usul figh adalah prinsip utama untuk memahami serta mentafsirkan nas-nas al-Quran mahupun hadis seterusnya menjadi solusi kepada penentuan hukum hakam syarak. Oleh itu, karya-karya yang dihasilkan oleh usuliyyun sejak dahulu sebagai satu khidmat menyebarkan ilmu yang agung ini. Kami selaku penyunting bersama-sama dengan para penulis artikel turut berazam untuk sama-sama menyumbang hasil penulisan dengan tokoh-tokoh usul fiqh sebelum ini. Justeru, dengan izin dan limpah rahmat daripada Allah Maha Kuasa karya suntingan berjudul Usul Fiqh Prinsip dan Solusi Penentuan Hukum berjaya dihasilkan. Buku ini walaupun kelihatan sederhana fizikalnya tetapi maklumat yang terkandung di dalamnya padat dan berautoriti kerana disadur daripada karya-karya hebat ulama usul fiqh silam dan kontemporari. Pad masa yang sama, maklumat ini sukar untuk diperolehi melainkan para pembaca menelaah sendiri karya-karya usul fiqh dalam bahasa Ara Oleh itu, besar harapan kami agar buku ini menambah maklun mengenai isu-isu asas dan penting dalam ilmu usul fiqh menggunak medium bahasa Melayu. Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengeta keikhlasan niat kami. Semoga dengan keikhlasan ini, kami sent dirahmati Allah dan beroleh hidayah untuk terus berkarya da bidang usul figh. Kami turut berdoa buku kecil ini diterima dengan baik oleh pembaca dan memberi manfaat kepada penuntut ilmu sekalian. Paling penting buku ini diterima sebagai sebahagian daripada amalan baik kami untuk kami mengadap Allah SWT pada hari akhira nanti.