image description
# 866412
USD 18.00 (Book Not in Ready Stock, will take 45-60 days to source and dispatch)
- +

Mat Indera : Antara Identiti dan Ideologi

Author :  Muhaimin Sulam

Product Details

Country
Malaysia
Publisher
Strategic Information and Research Development Centre (SIRD), Malaysia
ISBN 9786297575070
Format PaperBack
Language Malay
Year of Publication 2024
Bib. Info xxiv, 264p.
Product Weight 500 gms.
Shipping Charges(USD)

Product Description

‘Persoalan wira atau pejuang bukanlah sekadar melayani emosi atau citarasa sewenang, menurut tuntutan prasangka...Ia menuntut pengamatan halus soal-soal nilai, ideologi, konteks sejarah, pergolakan siasah semasa dan persoalan falsafah kayu ukur moralitas...bukan cuma moralitas tokoh-tokoh yang dijulang, tetapi juga mereka yang mendukung tokoh-tokoh berkenaan.’ – Shaharuddin Maaruf Asas kepada penerbitan buku ini untuk edisi kedua adalah daripada Mat Indera: Petualang atau Pejuang? yang diterbitkan lebih sedekad lalu. Sebahagiannya adalah hasil daripada rujukan rekod-rekod perbicaraan antara Pendakwaraya lawan Mohamad Sabu antara tahun 2011 hingga 2015. Perbicaraan itu telah menarik minat orang awam mengikuti sejarah Mat Indera. Bahkan ia juga telah menjadi bahan berita bagi media massa pada ketika itu. Kisah Mat Indera kadangkala timbul menjelang sambutan bulan-bulan kemerdekaan. Misteri identiti dan ideologi Mat Indera banyak lagi yang tidak terungkap. Ketokohan Mat Indera itu seharusnya dinilai secara saksama dengan mengambil kira latar belakang sejarah atau pergolakan siasah yang mendesak dan menentukan pemikiran dan tindakan radikal golongan yang sering dirujuk ramai pengkaji sebagai ‘berhaluan kiri’ ini. Jika penilaian dibuat dalam konteks atau latar belakang sejarah sedemikian, tidakkah wajar Mat Indera diangkat atau sekurang-kurangnya diiktiraf juga sebagai pejuang nasionalis, pendukung kemerdekaan yang gigih menentang penjajahan?

Product added to Cart
Copied