Country | |
Publisher | |
ISBN | 9786299936909 |
Format | HardBound |
Language | Malay |
Year of Publication | 2024 |
Bib. Info | xvi, 117p. |
Categories | Sociology/Culture Studies |
Product Weight | 950 gms. |
Shipping Charges(USD) |
Jejak Kopi merupakan sebuah usaha julung kalinya untuk mencari takrifan kopi dalam perbendaharaan Bahasa Melayu, di sebalik perjuangan dalam penghasilan suatu bentuk nikmat secawan kopi. Menerusi percubaan ini, penulis memperkenalkan suatu rumus 4P iaitu pokok, proses, panggang dan pembuatan, justeru untuk menjawab persoalan yang menjadi asas kepada pengetahuan kopi. Penulis bermula dengan menceritakan tiga jenis biji kopi iaitu Arabica, Robusta dan Liberica serta beberapa perbandingan karakter biji kopi ini termasuk perbandingan sifat-sifat pokok ketiga-tiga jenis kopi ini. Turut diceritakan adalah kawasan-kawasan yang sesuai untuk dijadikan tempat penanaman pokok kopi. Ada juga dalam kalangan umum menganggap proses kopi adalah proses menjadikan biji kopi kepada serbuk kopi. Benar, menjadikan kopi itu kepada serbuk juga suatu proses dalam istilah kopi. Tetapi menerusi buku ini penulis membawa satu kesatuan fahaman bahawa dalam industri kopi, istilah proses ini merupakan aktiviti menjadikan kopi jambu (coffee cherry) yang menjalani beberapa prosedur sehingga menjadi kopi beras (green bean). (Coffee Brewing/Coffee Cultures)