Country | |
Publisher | |
ISBN | 9786294862654 |
Format | PaperBack |
Language | Malay |
Year of Publication | 2024 |
Bib. Info | 221p. Includes Index |
Categories | History |
Product Weight | 350 gms. |
Shipping Charges(USD) |
Buku ini membawa pembaca untuk meneroka sejarah ekonomi Malaysia pada era kolonial lebih 100 tahun dahulu. Berdasarkan perspektif neomerkantilisme dan bukti-bukti sejarah yang diteroka sama ada di London mahupun Malaysia, penulis membuktikan bahawa kegiatan ekonomi di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu sebenarnya dikawal oleh kerajaan British melalui pentadbiran kolonial. Negeri-Negeri Melayu Bersekutu muncul sebagai antara negeri nuangan yang terkaya dalam empayar British sehingga dapat membiayai pembinaan kapal perang yang diberi nama H.M.S Malaya. Walaupun Perang Dunia Pertama tidak berlaku di Tanah Melayu, episod perang dagang antara British dengan musuhnya terutamanya Jerman berimbas di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Episod ketirisan pengurusan kewangan oleh pentadbir kolonial juga diceritakan dalam buku ini di sebalik kemerosotan ekonomi yang berlaku selepas perang. Dalam kes tertentu, Lionel Guillemard, Pesuruhjaya Tinggi British membuat kenyataan yang menarik minat penulis untuk membongkar sisi gelap pentadbiran kolonial, iaitu "...the finances of the Federated Malay States now stand is not due as he asserts to 'the mistakes of the past...'" (The Rise of British/Malay States)