Country | |
Publisher | |
ISBN | 9789674883744 |
Format | PaperBack |
Language | Malay |
Year of Publication | 2024 |
Bib. Info | xx, 222p. Includes Index |
Categories | Environmental/Ecological Studies |
Product Weight | 400 gms. |
Shipping Charges(USD) |
Malaysia sebagai sebuah negara majmuk yang terdiri daripada tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina, India, serta memiliki kepelbagaian amalan dalam memelihara dan melestarikan alam sekitar. Kesedaran terhadap kepentingan menjaga alam sekitar bukan sahaja merupakan tuntutan global, tetapi juga menjadi sebahagian daripada budaya dan nilai-nilai masyarakat Malaysia. Kepelbagaian amalan kelestarian alam sekitar di Malaysia merujuk kepada pelbagai usaha yang dilaksanakan oleh masyarakat, kerajaan, serta badan bukan kerajaan (NGO) untuk memastikan keseimbangan antara pembangunan dan pemeliharaan alam sekitar. Amalan kelestarian yang pelbagai, jika dilaksanakan dengan berkesan, mampu memelihara alam sekitar serta menjamin kemakmuran ekonomi dan sosial. Dalam konteks ini, kepelbagaian amalan kelestarian menjadi sangat penting, terutama apabila ditinjau daripada aspek budaya, ekonomi, dan ekologi. Ini juga menjanjikan kualiti hidup manusia yang bergantung pada keadaan persekitaran yang bersih dan sihat. Udara yang bersih, air yang tidak tercemar, dan kawasan hijau yang terjaga semuanya menyumbang kepada kesihatan fizikal dan mental.