Country | |
Publisher | |
ISBN | 9786294863408 |
Format | PaperBack |
Language | Malay |
Year of Publication | 2024 |
Bib. Info | 151p. Includes Index |
Categories | History |
Product Weight | 250 gms. |
Shipping Charges(USD) |
Penceritaan dan gambaran Kota Melayu Melaka sering disebut di dalam penulisan sejarah mahupun hikayat Melayu sebagai antara sebuah empayar yang agung. Banyak pengkisahan mengenai kemahsyurannya sebagai sebuah empayar yang menjadi penanda aras ketinggian tamadun bangsa Melayu ketika itu. Namun kewujudannya masih diragui lantaran tiada bukti fizikal sahih tentangnya yang dapat dijadikan asas untuk menyokong kehebatan tamadunnya. Kehebatannya bukan sahaja menjadi kebanggaan bangsa Melayu tetapi juga sebagai teras pencapaian identiti bangsa. Bangsa yang mengenepikan warisan sejarah akan menjadi bangsa yang hilang arah tuju dan jati diri. Lantas, penulisan ini adalah buku pertama mengenai interpretasi sejarah dari siri penulisan MELAKA RAYA 1511 yang menginterpretasi Kota Melayu Melaka dan perbandaran Melaka semasa era pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.