| Country | |
| Publisher | |
| ISBN | 9786299945604 |
| Format | PaperBack |
| Language | Malay |
| Year of Publication | 2024 |
| Bib. Info | 204p. |
| Categories | History |
| Product Weight | 550 gms. |
| Shipping Charges(USD) |
Persembahan pertama ufti Bunga Emas dan Bunga Perak oleh kerajaan negeri Perlis kepada empayar Siam di Bangkok bermula pada Januari 1845 di zaman pemerintahan Raja Syed Hussain Jamalullail, Raja Perlis I (1843-1873). lanya merupakan suatu terma balasan kepada autonomi negeri Perlis yang diletakkan sebagai tanah jajahan atau prathetsarat di bawah pengaruh politik Siam selaras dengan konsep dharma raja-cakravartin semasa era pemerintahan Raja Nangklao, Rama III (1824-1851). Konsep ini menekankan keperluan negeri naungan semasa pemerintahan seseorang Raja Siam yang sedang mengembangkan pengaruh politik dan ketenteraan terutamanya di kawasan utara semenanjung Tanah Melayu. Dari aspek geopolitik, negeri naungan adalah dipaksa hidup bersama-sama secara aman dan damai dengan Siam yang lebih berkuasa serta tiada tandingannya di waktu itu sebelum kemunculan kuasa Inggeris di Asia Tenggara dalam tahun 1821.