| Country | |
| Publisher | |
| ISBN | 9786294913226 |
| Format | PaperBack |
| Language | Malay |
| Year of Publication | 2026 |
| Bib. Info | xiv, 174p. Includes Index; Bibliography |
| Categories | Philosophy |
| Product Weight | 300 gms. |
| Shipping Charges(USD) |
Budi merupakan konsep teras dalam tradisi pemikiran Melayu yang berperanan membentuk keperibadian, pandangan hidup serta nilai moral masyarakatnya. Namun begitu, sejauh manakah budi difahami sebagai suatu kerangka falsafah yang menyeluruh, melangkaui tafsiran etika dan adat budaya semata-mata serta apakah peranannya dalam membina kesedaran akal, tanggungjawab sosial dan sikap kritis masyarakat dalam menghadapi cabaran semasa? Bertitik tolak daripada persoalan ini, buku bertemakan falsafah budi Melayu menurut Za'ba dan Syed Hussein Alatas diketengahkan bagi merungkai makna sebenar budi serta elemen falsafah yang terkandung di dalamnya dari sudut ontologi, epistemologi dan aksiologi.