image description
# 677721
USD 12.50 (Book in Stock, will be dispatched ASAP)
- +

Bulan Bintang Singapura

Author :  Nilam Tang

Product Details

  • Country Malaysia
  • Publisher Kertas Terbang Studio, Kuala Lumpur, Malaysia
  • ISBN9789671595138
  • FormatPaperBack
  • LanguageMalay
  • Year of Publication2019
  • Bib. Info144p.
  • Product Weight240 gms.
  • Shipping Charges(USD)

Product Description

Buku ini mengisahkan tentang perjalanan Nilam Tang yang melakukan beberapa siri kunjungan ke Singapura untuk menyelami kerohanian dan melihat perkembangan agama islam di sebuah negara yang dianggap demokratik sekular. Pada masa yang sama menjejaki kenangan hidup emaknya sejak tahun 60-an hingga kini.
Singapura yang dahulunya dihuni majoriti masyarakat melayu berubah lanskapnya setelah kedatangan inggeris dan kemasukan ramai pendatang luar menjadikan kuasa politkk dan majoriti penduduk juga berubah bukanlah satu hal yang mustahil akan terjadi di mana-mana jua. Penulis merasakan pengalaman kembara sebagai muslim dan minoriti dengan cara bergaul dan menjalani kehidupan sebagaimana warganegara ‘minoriti’ Singapura melaluinya.
Makanya, untuk membesarkan minoriti itu, penulis pergi ke pasar-pasar besar, mendatangi pekan-pekan dan rumah-rumah Melayu, ziarah puluhan masjid, menyertai kuliah-kuliah, dan akhirnya penulis mendapati kategori ‘minoriti’ tidak menenggelamkan malah membangkitkan Muslim Singapura dari dalam. Seperti lambang metafora bulan dan bintang di kubah masjid di Singapura sebagai lambang keislaman dan penyatuan. Bagi penulis pula bulan yang satu tak pernah tenggelam di kalangan majoriti bintang-bintang. Kedua-duanya saling mendokong dan memperindah alam.

Product added to Cart